Monday, October 26, 2009
PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah
Abdul Rahim Sabri
Okt 26, 09
5:17pm


Jabatan pendidikan prasekolah PAS akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.

Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.

"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.

"Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.

Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI PAS pada asalnya bercadang menerbitkan edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.

Tambahnya, kedua-dua proses tersebut "memerlukan masa yang agak panjang".

sumber : MalaysiaKini
posted by Azwan Affendy @ 8:21 PM   0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Uji Bakat PASTI Negeri Kedah
posted by Azwan Affendy @ 8:05 PM   0 comments
Saturday, October 3, 2009
Gambar Gambar Yang Sempat Diambil Semasa Uji Bakat PASTI Kawasan
Meriahnya suasana

Kehadiran waris dan ibubapa yang memenuhi khemah di hadapan bangunan utama

Antara waris yang hadir memberi sokongan

Penantian sang juara bersama guru-guru pengiring

Peserta Azan


Panel Pengadil Pertandingan Azan, Khutbah dan Pidato

Kenderaan para tetamu

Keluh kesah menanti nama dipanggil untuk tasmik


Peserta Pertandingan Nasyid

Hadirin yang memerhati

Para waris khusyuk mendengar alunan nasyid

Panel Pengadil Pertandingan Nasyid
posted by Azwan Affendy @ 9:02 AM   0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Cuti Persekolahan Sempena Uji Bakat
Salam sejahtera.

Pihak Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai bersetuju untuk memberi cuti kepada warga PASTI di seluruh kawasan Padang Serai pada hari Ahad, 4 Oktober 2009. Cuti ini diberi memandangkan pada hari sebelumnya iaitu hari Sabtu, 3 Oktober 2009 berlangsung Majlis Uji Bakat PASTI Kawasan Padang Serai bagi tahun 2009. Semoga para waris dan ibubapa mengambil perhatian.


Terima kasih.

Pengerusi
PASTI Kawasan Padang Serai
posted by webmaster @ 7:49 PM   0 comments
Pendaftaran Murid Secara Online
Assalammu alaikum dan salam hormat.

Mulai sesi pengajian 2010, Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai bersetuju untuk mempermudahkan urusan Pendaftaran dengan menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara online. Para waris/ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka berusia antara 4 sehingga 6 tahun bolehlah melakukan pendaftaran mulai hari ini di alamat url berikut :




Sekian, wassalam.

Pengerusi
PASTI Kawasan Padang Serai.
posted by Azwan Affendy @ 7:02 PM   0 comments
Sunday, September 27, 2009
Ujibakat PASTI Kawasan Padang Serai 2009
posted by Azwan Affendy @ 7:22 PM   0 comments
Saturday, September 19, 2009
Salam Eidul Fitri
posted by Azwan Affendy @ 8:05 AM   0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Pengumuman Cuti : 30 Ogos 2009
Ahlan Ya Ramadhan. Assalammu alaikum warah matullah.

Pihak Jabatan PASTI Kawasan telahpun mengedarkan surat pekeliling kepada setiap PASTI cawangan memaklumkan cuti persekolahan sehingga 31 Ogos 2009 dan pengajian akan bermula pada 1 September 2009. Barangkali terdapat waris yang tidak dapat memahami bahawa pada 30 Ogos 2009 (Ahad) adalah hari cuti persekolahan bagi anak-anak PASTI di seluruh kawasan Padang Serai. Sehubungan itu diingatkan kepada para waris, untuk mengambil perhatian berhubung perkara tersebut.

Sekian, harap maklum.

Pengerusi PASTI
Kawasan Padang Serai
posted by Azwan Affendy @ 8:44 PM   0 comments
Monday, August 17, 2009
Pekeliling Mengenai Selesema Babi
Pekeliling dari PASTI Malaysia, Sila baca dan ikut arahan !!

Assalamu'alaikum warahmatuLLah

Kepada..
  • Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
  • Pengarah-pengarah, AJK PASTI Negeri / Wilayah
  • JK PASTI kawasan
  • Guru2 PASTI
  • Ibubapa/Waris-waris
Tuan-puan,

Pekeliling Influenza H1 N1 ( Selesema Babi )

Perkara di atas dirujuk.

Mengikut data terkini, penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan lapan nyawa di seluruh negara. Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :

  • Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
  • Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
  • Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
  • Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
  • Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1N1 ini.
Sekian untuk tindakan tuan-puan dan diakhiri dengan ‘ jazakumuLLah khairan kathira '.
Wallahua'lam.

Yang menjalankan tugas,

ROSLI SUHAIME
Setiausaha Jabatan PASTI Malaysia



posted by Azwan Affendy @ 7:28 PM   0 comments
PASTI AS-SOLIHIN akan dibuka untuk pengajian 2010
Assalammu 'Alaikum & Salam Sejahtera.

PASTI Kawasan Padang Serai akan membuka sebuah lagi PASTI bermula pada sesi pengajian 2010. PASTI tersebut yang terletak berhampiran Pondok Tuan Guru Hj Nan Sg. Karangan, Merbau Pulas, Kedah diberi nama PASTI AS-SOLIHIN. Lokasi dibelakang Taman Kenangan, Pekan Sg Karangan merupakan tempat terbaik bagi anak-anak berusia 4 sehingga 6 tahun untuk mendapatkan pendidikan awal Islam mereka. Pendaftaran kini dibuka kepada seluruh penduduk sekitar. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke PASTI ini, sila dapatkan maklumat lanjut dari PAS Cawangan Pekan Sg Karangan. Atau boleh hubungi :

Encik Abd Ghani Bakar (013-405 5113)
posted by Azwan Affendy @ 7:12 PM   0 comments


Selamat Datang ke Laman Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai, KEDAH.

Dapatkan maklumat terbaru dan info-info terkini dari PASTI Kawasan di laman ini.

Kami turut mengalu-alukan pembukaan PASTI baru. Kepada ahli PAS atau PAS Cawangan dalam Parlimen Padang Serai yang berminat, sila hubungi Setiausaha Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai iaitu Saudara Azizan Husin 013-413 4037 untuk berbincang.
 
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Tarikh Hari Ini
Sambutan Jubli Perak PASTI
Pendaftaran Online


http://www.p017pasti.com

PASTI Cemerlang Islam Gemilang
Al-Quran, As-Sunnah Pegangan Kami
Islam Cita-cita Murni
Allah Matlamat Kami
Akhlak Mulia Idaman Kami

Kami Harapan Ummah
Di PASTI Kami Diasuh, Diasuh
PASTI Pasti Berjaya
PASTI Pasti Kan Cemerlang... Cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam ( 2x )

Kami Harapan Ummah
Di PASTI Kami Diasuh, Diasuh
PASTI Pasti Berjaya
Islam, Islam Gemilang... Gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam ( 2x )

Dana Kebajikan PASTI Kawasan

Sumbangan anda amatlah di perlukan untuk dana kebajikan PASTI kawasan. Ianya boleh disalurkan melalui no akaun :-

2057010023068
BIMB Cawangan Kulim
Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai

Waktu Solat
Lokasi PASTI dalam Parlimen Padang Serai
  • Kg Sg Badak, Kelang Lama
  • Taman Kucai, Lunas
  • Taman Desa Seni, Lunas
  • Kg Sg Limau, Lunas
  • Taman Desa Permai, Lunas
  • Kg Sg Seluang, Lunas
  • Kg Bukit Sarang Ayam, Sg Seluang, Lunas
  • Kg Nagalilit, Padang Serai
  • Kg Permatang Tok Dik, Padang Serai
  • Pekan Padang Serai, Padang Serai
  • Taman Serai Wangi, Padang Serai
  • Kg Guar Lobak, Padang Serai
  • Desa Aman, Padang Meha
  • Kg Jubai, Labu Besar
  • Kg Bikan, Labu Besar
  • Taman Mutiara, Sg Kob
  • Kg Padang Limau, Sg Kob
  • Kg Sg Ular, Kulim
  • Taman Selasih, Kulim
  • Kg Keladi, Kulim
Pesanan Luqman Al-Hakim

"Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan."

Pengumuman Yang Lepas
Arkib Pengumuman
Pautan Terpilih
Kroni PASTI Kedah
PASTI Kawasan SeMalaysia Online
Bicara Hati

ShoutMix chat widget
Hubungi Kami ?
Sebarang komen/pendapat? Tulis atau cari kami di:
Pejabat PASTI Kawasan Padang Serai
d/a PASTI ISLAHIAH
Kg Sg Badak, Kelang Lama
09000 Kulim
KEDAH.

E-Mel : pastipdgserai@gmail.com

Tel : 013-413 4037 (Azizan - Setiausaha)